Perbezaan Jumlah Dilindungi (Sum Insured) antara Harga Pasaran (Market Value) dan Harga Dipersetujui (Agreed Value) Dalam Konteks Perlindungan Takaful Motor

Pernah tak ejen Takaful tanya kita nak ambil perlindungan sum insured market value atau agreed value masa kita nak renew takaful dan cukai jalan motor kita?

Biasanya kalau kita pilih market value, sumbangan bagi Takaful adalah lebih rendah berbanding kita pilih agreed value.

Apa beza market value VS agreed value?

Market Value

Sekiranya kita sertai polisi yang melindungi market value, kita akan mendapat pampasan berdasarkan nilai semasa kenderaan kita. Contohnya, sekiranya pada awalnya kita melindungi kenderaan kita dengan nilai RM50,000 dan selepas 6 bulan kenderaan kita mengalami kerosakan teruk (total loss) atau dicuri, nilai pampasan yang bakal diterima adalah lebih rendah dari RM50,000 kerana mengambil kira susut nilai (depreciation) kenderaan tersebut.

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan : Sumbangan Takaful bagi jenis perlindungan ini lebih rendah.

Kekurangan : Nilai pampasan yang diterima mungkin tidak cukup untuk menukar kenderaan baru atau untuk melangsaikan baki pembiayaan bank.

Agreed Value

Sekiranya kita sertai polisi yang melindungi agreed value, kita akan mendapat pampasan berdasarkan keseluruhan nilai yang dilindungi. Contohnya, sekiranya pada awalnya kita melindungi kenderaan kita dengan nilai RM50,000 dan selepas 6 bulan kenderaan kita mengalami kerosakan teruk (total loss) atau dicuri, nilai pampasan yang bakal diterima kekal RM50,000 kerana pampasan berdasarkan sum insured yang dipersetujui dan tidak mengambil kira susut nilai (depreciation) kenderaan tersebut.

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan : Nilai pampasan yang diterima adalah seperti yang dipersetujui dan boleh mengurangkan bebanan akibat kerosakan/kehilangan kenderaan anda.

Kekurangan : Sumbangan Takaful bagi jenis perlindungan ini memerlukan tambahan sumbangan Takaful.

Rumusan & Cawangan

Melindungi kenderaan anda dengan sum insured agreed value lebih baik berbanding market value. Namun begitu, sekiranya pemilik kenderaan ingin mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif dengan sumbangan yang lebih berpatutan, disarankan agar peserta Takaful mengambil kira kemampuan untuk mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh dengan tambahan perlindungan seperti perlindungan cermin kenderaan, bencana (special peril), pampasan kemalangan diri (personal accident) dan lain-lain.

Anda ingin mendapatkan sebut harga (quotation) percuma untuk kenderaan anda? Klik link di bawah untuk berhubung dengan ejen kami. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. No plat kenderaan

2. No MyKAD pemilik

3. Poskod

Sebut Harga Percuma

0 Ulasan