KEWAJIBAN MEMBAYAR ZAKAT

 

ZAKAT PERNIAGAAN DAN PENDAPATAN DALAM ISLAM


“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

Surah At-Taubah (ayat 103)

KAEDAH KIRAAN

Bagi sesebuah perniagaan yang mempunyai penyata kewangan yang lengkap, pengiraan zakat adalah berpandukan ‘kunci kira-kira’ (statement of financial position).

1. KAEDAH MODAL BERKEMBANG

Ekuiti pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang (–) Aset Tetap (–) Aset Bukan Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

2. KAEDAH MODAL KERJA

Aset Semasa (–) Liabiliti Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

*Bagi yang TIDAK MEMPUNYAI penyata kewangan yang lengkap, kaedah pengiraan zakat adalah seperti berikut

1. Ada stok barang, contoh: kedai runcit, kedai buku,pasar raya - kaedah seperti kaedah modal kerja

2. Tiada stok barang, contoh: kontraktor - (Terimaan Perniagaan - Perbelanjaan Perniagaan) = Keuntungan setahun x 2.5%

Sumber: Zakat Pahang 

1 Ulasan

  1. InshaAllah, Zakat itu tidak mengurangi harta. Jom berzakat. :-)

    BalasPadam